Selain berbeza warna dan saiz, plastik juga terbahagi kepada yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar semula.
iklan radio tamat disitu.
plastik yang cuba aku cakapkan kat sini sangat-sangat unik.
sekarang cuba bayangkan plastik yang ada minda.
walaupun sebanyak mana kita cuba kitar semula, dia tetap ada di sekeliling kita.
kenapa masih banyak?
sebab jenis plastik ni jenis yang ada minda.
kan tadi aku dah cakap.
sekarang cuba bayangkan plastik yang mengandungi pakaian wanita.
ish, tak best. tak mencabar lansung.
tukar,tukar.
sekarang bayangkan plastik dalam pakaian wanita.
kemudian tukar kepada pakaian lelaki lengkap kasut
kedua-dua jenis plastik ni jatuh dalam kategori payah dikitar semula.
kenapa payah di kitar semula?
sebab dikeluarkan tanpa cop boleh dikitar semula dan juga cop biodegradable.
kalau tak boleh kitar semula, langkah paling wajar untuk menyelamatkan bumi dari pencemaran alam sekitar dan timbunan sampah yang bakal menyesakkan generasi akan datang yang mungkin terdiri dengan lahirnya anak cucu kita?
guna semula?
no,no,no, makcik dan pakcik. terlalu kotor.plastik guna bungkus macam-macam.
Jadi.
hapuskan sahaja.
tak perlu kitar semula.
p/s-ni belum masuk bab polistrin dengan polisterina lagi.


